Khamis, Disember 31, 2009

Koleksi....Gambar Artis..

Mmmm....mesti ada orang tak kagum sangat sbb apa kelas ambik gambar ngan artis malaysia @ artis yang tak popular sgt...yelah sbb na ada dgr kawan na yang cakap mcmtu...mmm...mungkin bergurau tapi tak kisah lah janji na bahagia. Sememangnya minat na kumpul koleksi bergambar ngan mana2 artis @ selebriti. Dan na tak kisah artis mana & tak kisah populariti nya..janji pernah masuk TV...hahahahaha. dan yang terbaru..na dapat bergambar ngan Linda Onn di pejabat na kerja..hehehe.kebetulan kawan na (Fatmawaty) bagitahu na dan na pun apa lagi...tumpang sekali kamera hp kwn tue..hehehe.TQ ya Mell. Na sebenarnya dah 2,3 artis terlepas untuk na ambil gambar..antaranya yang terbaru, baru2 nie...Kartini..Hos hot fm/hos TV 3R, na terserempak dgnnya di Singapura..mmm terlepas nak buat mcmana.huhuhu... Tapi sayang..tak ada siapa faham yang na punya hobi suka bergambar ngan mana2 selebriti.huhuhu.



New York Hotel & Rumah Kakak di Johor





* Umi cayang iqah & Papa pun cayang Iqah..
Ini gambar semasa Fiqah bermain2 di rumah kakak na pada 25hb malam dan gambar semasa menginap di New York Hotel...Terima Kasih Abg ku Cayang..

Singapura....Akhirnya....

Pada 25hb Disember...kami bertolak ke Johor dan menginap di Hotel New York (Kejutan daripada suami)..yelah na ingatkan menginap di rumah kakak na di Johor...mmm tak apalah sekali skala menginap di Hotel. Hehehe...tapi 25hb malam, na singgah kejap rumah kakak. Pada 26hb pagi, barulah kami (Keluarga na + Keluarga kakak) bertolak ke singapura menaiki kereta abg ipar na. Akhirnya dapat juga na melawat singapura yang dah lama na teringin nak pergi. Cuma..na rasa nak pergi sekali lagi sebab ada lagi tempat yang na tidak sempat melawat. Sememangnya dalam masa 1hari tak sempat nak berjalan2. Lgpun cuaca di sana pada masa itu..hujan, jadi tak selesa nak berjalan2 dgn anak2 kecil. Mungkin sekali lagi na akan menginap di Hotel Singapura next year..InsyaAllah jika tiada apa2 halangan..ok lah..kita layan gambar plak





















Rabu, Disember 23, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Dah lama na tak update blog na. 2,3 minggu nie na amat2 lah sibuk tak kira di pejabat @ di rumah. Di rumah na baru2 nie ada mak,ayah,adik ngan abang sekeluarga dan mak mertua ngan adik2 ipar pun datang juga...seronok sangat dan meriah bila ramai datang rumah. Cuma na tak sempat nak berjalan2 ngan keluarga na kerana mereka datang time na bekerja tapi mak mertua na tinggal lama di sini dan kami pergi jalan2 di Cameron Highland. Kami menginap di Villa Dahlia Apartment 1 malam. Kakak ipar ngan suaminya pulang pada hari yang sama kerana bekerja keesokan hari. Kali ni na dapat juga tertunai hajat untuk melawat Ladang Teh tapi na tak dapat melawat ladang teh boh..dengar kawan2 citer..dapat masuk ke kilang teh..mmm ok gak tue tapi...tak tertunai. ok lah..






Seeeejjjjjuuuuukkkkk

Ini lah aksi2 mengidam sangat nak bergambar di ladang teh...hehehe. Sejak na di bangku sekolah lagi na teringin nak bergambar di ladang teh. Akhirnya....ini lah hasilnya..



Jumaat, Disember 04, 2009

Gila Bergambar...

Di Jabatan tempat na kerja ada satu majlis pukul 8.30 pagi, 3 Disember 09 ..mmmm, biasalah lepas waktu kerja dalam pukul 5.30 ptg....na turun ke dewan..itu pun kak zue yang ajak na bergambar dalam dewan. Biasanya jika ada apa2 majlis di Jabatan, dewan selalu cantik dgn bunga2, hiasan, background dewan & na ngan kawan2 lain selalu ambil gambar. Na tak ada masa jugak pada hari berkenaan tapi sempat lah na curi masa jap sebelum turun ambil Fiqah di Taska. Kak zu ngan na mmg "gila bergambar"..hehehe. Kami kenal semasa na masuk Unit yang na kerja sekarang. Kak zue dah tukar bahagian sekarang, dah naik pangkat jadi penyelia...tahniah2. Oklah..layan gambar bunga2 erk..


Hari Raya Aidil Adha...27 & 28 Nov 2009


Pada 26 Nov 09...kami bertolak dari putrajaya ke kampung kami untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha. Na tak pernah balik kampung time raya haji nie....tapi tahun nie, kami buat Aqiqah untuk Afiqah...jadi kami balik gak kampung. Aqiqah diadakan pada 28 Nov 09, Sabtu, lepas waktu zohor. Lembu disembelih pada 8.30pg. Na teringin nak ambil gambar lembu semasa disembelih tapi...hehehe takut lah plak. Semasa aqiqah Fiqah plak...na tak sempat nak ambik gambar masa rambutnya digunting....terkilan gak. Na kalau balik kampung mesti jumpa kawan lama...wajib...hehehe,tapi tak semua lah,mana yang sempat jer. Maaflah jika kawan2 lain na tak pegi jumpa. Nie kawan sekolah na, aida namanya dan itu pakwe nya..moga2 cepat mereka kahwin.Mmmmm....jadi gambar ini jer sempat na rakamkan...layan jer lah erk.....




* Ini jer sempat na ambil gambar, lepas rambut Iqah kena gunting.huhu

Selamat tinggal....Bong...

Na ingat lagi hari pertama bong masuk Unit sama kerja dengan na...pada 30 mac 2009 (Isnin), pagi..na dapat tahu dia org trg & kampungnya sama ngan suami na. oh...rupanya mereka kenal satu sama lain. Tapi na tak sempat na berkenalan dgnnya sbb 2 ptg pd 30 mac 2009, na kena pegi klinik putrajaya check up mengandung...tup...tup na terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya menaiki ambulance...masuk wad bersalin, kena bedah pada 31 mac 2009 pukul 12.44 a.m. So...60 hari cuti bersalin. Itu lah cerita na mula2 kenal bong. Bila na masuk kerja 1 Jun 2009...baru lah na kenal bong macam mana. Gila2 juga kepala otak dia..hahahahaha. Dia berkawan dengan mak2 dan isteri orang..jadi retak terikutlah tapi kadang2 dia yang lebih..hahahaha (jgn marah bong). Apa2 pun kami semua akan ingat pada bong sampai bila2 kerana bong selalu bantu kami, bong tak sombong, bong tak ada lah berkira sgt pasal kerja, tak kedekut ilmu, kami nak minta tolong pasal kerja pun senang..bong pun pelawak..(nie pandangan na,k.nor,jue,sal,Lin,zura). Jadi sebelum bong pulang ke terengganu bertukar ke dungun, terengganu...kami buat lah sedikit majlis perpisahan utk bong...so..layan gambar...ok
* Bong menurunkan ilmu sebelum berpindah..hehe

* Bong belanja Pizza Hut..Terima Kasih

* Model Air kotak......hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails