Selasa, Januari 26, 2010

Port Dickson 9-10 Jan 2010

Cerita ni dah lama..cuma na tak sempat nak masukkan dalam blog...sibuk memanjang.hehehe. Tapi jika nak kira sibuk jerrr..alamaknya tak update lah semua benda erk....huhuhu. Jadi kesempatan or kesempitan waktu ni, na cuba kosongkan waktu seketika utk menceritakan keseronokan kami sekeluarga ketika berada di TM Resort, Port Dickson (PD). Kami pergi bersama keluarga kawan2 pejabat suami na, walaupun hanya 2hari 1mlm....na rasa sonok sekali bersama mereka semua kerana mereka spotting, baik, mesra. Sampai saja kat PD..kami berkelah dulu sementara nak tunggu waktu check in Resort...so ini lah gambar2nya...
*JOM UMI,PAPA KITA GIE PD, IQAH PANDU KETA*
* Papa Mithali-suapkan iqah dadih.mmm sedap*

*Ini aksi Iqah yang nakal, dia gigit sudu plastik*


*Ala..malu lah umi ambik gambar Iqah mkn..hehehe*

* Ayah2 yang mithali...ibu2 makan, jd kaum ayah dukung anak*

*Kaum ibu pula ambik gambar..masing2 dukung anak pertama*
*Iqah ngan kawannya (sorry lupe nama baby boy nie)*

*Sukanya iqah dapat jalan2...*
*Atuk (rakan Pej na) ngan Iqah*

*Yeeaa..atuk datang jenguk Iqah...meh acih atuk*

*Rakan pejabat Husband...*

Isnin, Januari 25, 2010

Kali Pertama Mandi Kolam

Kali pertama bagi iqah mandi kolam...seronoknya dia dapat main air...Umi ngan Papa pun Happy tengok Iqah mandi kolam cuma na tak sempat klik2 gambar semasa mandi di pantai PD. Iqah tak takut ngan ombak pantai..hehehe tp ksian kat dia, ombak pantai tinggi sikit ngan dia, jadi air pun kena mulutnya sikit.huhu...cian anak umi. Na pun sebenarnya dah lama sgt tak mandi pantai..dulu masa kecil selalu mandi di pantai Chendering, Kuala Terengganu. Apa2 pun na ingin ucapkan time kasih kepada Eima ngan k.linda dan sesiapa kerana menjaga Iqah seketika semasa Umi ngan Papanya mandi pantai...so..jom cuci mata ngan gambar plak yea..
*Sukanya Iqah main Air..*


*Umi pun nak bergambar*

*Pandai tak Iqah Berenang? sampai nak tertelan air..huhu*

*Yeaaa..Iqah menang..berenang sampai ke tepi..*


*Seksi tak baju renang Iqah?..hehehe*



Pada Malamnya pula, kami mengadakan BBQ dan pasang khemah.mmm dah lama tak merasa perasaan seronok macam tue...Terima kasih abg dan semua yang terlibat kerana adakan majlis keluarga mcmni..Diharap Majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita..jom kita cuci mata lg...


*Sebelum BBQ..kami bergambar dulu*

*Iqah ngan papa*

*Na ngan fiza*

* Mad, Iqah & Hakim*


*Sesi BBQ plak...kaum adam membakar..kaum hawa makan jer..hehe*

Sebelum Pulang ke Putrajaya...

Sebelum kami check out tengahari pada 10 Jan 2010...na berjumpa sekejap ngan aliya. Aliya adalah kawan serumah na dulu semasa bujang2. Kami sama2 masuk kerja, kursus sama2...boleh di katakan semua suka duka semasa bujang2 dulu dikongsi bersama. Tp sekarang kami berpisah tempat kerja kerana Aliya mengikut suami ke Port Dickson. Dan sebelum pulang...kami makan2 dulu di gerai berhampiran bersama rakan pejabat suami na...jom kita cuci mata lg..
* sebelum keluar resort..sempat lg na bergambar di koridor resort*

* Ini lah Aliya (baju coklat) bakal jadi Ibu macam na...*

* Ini Eima...kawan pejabat suami na..kami baru lepas makan*

Selasa, Januari 19, 2010

Contest : Saat Indah Itu..

*Banner*

Salam kenal...wana, harap penyertaan na mencukupi syarat.
na pun "budak baru belajar ngan blog nie"..


Name of Contest
Saat Indah Itu....

Tuan Rumah ialah..
Mr. & Mrs. Zaidi Stories

1. Tarikh perkahwinan na ngan suami tercinta : 17 Ogos 2007

2. Suami tersayang bernama : Muhammad bin Aziz

3. Cahaya mata yang dikasihi : Tengku Afiqah Mahfuzah Bt Muhammad

4. Tarikh pernikahan Wana & Eddie : 27 November 2007
( Klue: Jawapan ada pada cerita lama/Blog ini)

4. Letakkan Gambar anda bersama pasangan( Suami / Isteri) atau keluarga :
4. Ceritakan kepada kami kisah cinta anda & Kenapa si Suami/isteri & Anak anda begitu Istimewa dalam hidup anda. Ringkas Tapi padat.. tak perlu panjang lebar.

::: Kami berkenalan sejak dibangku sekolah lagi (2002), kami amat bahagia pada ketika itu krn sentiasa berkepit (kerja part time sama,buka puasa sama, cari kerja bersama...hampir setiap hari kami berjumpa) tp sejak kami berjauhan pd thn 2005 krn masing2 dapat kerja berjauhan, hubungan kami menjadi renggang, masing2 sibuk ngan kerja, sms pun tak sempat bila na berkursus dan perkara ini telah menyebabkan hubungan kami tidak seindah & seceria dulu. Hampir tiap2 mlm, aku menangis memikirkan "Apa nak jadi dgn hubungan kami yg telah lama di bina"? Kerana setiap kali kami berbicara dlm sms@telefon...kami selalu bergaduh & tak pernah nak bermesra mcm dulu. Kami pernah putus hubungan beberapa kali TAPI...HATI KU TETAP CINTA PADANYA KERANA DIA ADALAH CINTA SEJATI KU & CINTA PERTAMA KU YANG BENAR2 MEMBUAT KU GILA (tp still waras skrg). Aku pun berpikir, bagaimana caranya mahu hubungan kami kekal mcm tahun 2002 dulu?..aku pun beri pilihan kpd dia..JIKA DIA MASIH SAYANGKAN KU...TINGGALKAN KERJANYA DI SINGAPURA DAN CARI KERJA BERDEKATAN DGN KU AGAR...HUBUNGAN KITA KEKAL ABADI. Ahkhirnya kami membina istana mahligai (2007) yang kami rancang sejak tahun 2003. Suami ku begitu istimewa bagi ku kerana dia adalah inspirasi hidup ku walaupun begitu byk dugaan yang perlu aku tempuhi dulu dan kelahiran puteri ku telah menambahkan lagi sinar rumahtangga kami...syukur alhamdullilah... :::

5. Maklumkan kepada pembaca anda apakah hadiah yang akan dimenangi sekiranya anda berjaya.
::: Hadiah yang bakal di menangi ialah :


Penginapan 2 Hari 1 malam sempena Valentine Days di
Seri Costa Hotel Melaka.
untuk 2 orang. Serta sarapan pagi untuk 2 orang.Pada 13 February 2010(Saturday).

6.Tinggal kan link ke URL anda di Comment box ini atau email ke wanani3@yahoo.com
::: [DONE] :::


p/s : sesiapa yang belum joint, bolehlah joint kerna adiahnya sangat menarik..
nak joint? clcik
DI SINI
tarikh tutup : 25 January 2010


Pengajaran :- Walau apa jua dugaan semasa bercinta/berumahtangga...kita sebagai wanita perlu bertenang dan bersabar agar hubungan kita dapat diperbaiki lagi...kita perlu cari jalan bagaimana mahu kekalkan hubungan yang kita bina bersama yang tersayang.
(Tapi na kdg2 cepat mengalah gak...hehehe..tak boleh...perlu kuat semangat)

Isnin, Januari 18, 2010

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU

Salam berkenalan Ibu dan mytomeioutlet...kebetulan na membaca blog kawan na, na terpandang contest ni dalam blog kawan...mmmm macam best. Jadi na pun nak join sama, mana tahu kot2 bernasib baik tapi yang penting na boleh tambah kenalan dalam blog...agar dapat berkongsi cerita, pengalaman dan lain2. so...ini lah gambar yang na rasa sweetttttt sangat... kerana Umi (Na) dan afiqah sedang merenung jauh ke laut....jadi apa agaknya si kecil comel tue pikir erk??? Umi plak pikir masa depan afiqah dan umi berharap afiqah suatu hari nanti menjadi seorang yang berjaya, solehah, rajin, kuat berusaha, tabah & sabar menghadapi segala dugaan yang tiba akan datang....
*
*
*
*
*

Nama Ibu : Tengku Amalina Binti Tengku Mezelan
Nama Anak tersayang : Tengku Afiqah Mahfuzah Binti Muhammad
Umur Afiqah : 9 bulan lebih (31 Januari 2010 baru 10 bln)
Tarikh Lahir Afiqah : 31 Mac 2009
-----------------------------------------------------------------------------------
Ok pada kawan2 lain..jom lah join contest ini bagi memeriahkan lagi contest..syarat2nya seperti di bawah....
*Banner*
Syarat2 adalah seperti berikut...

1) Mestilah gambar tersebut IBU BERSAMA ANAK..umur dari baby sehingga 3tahun..
bilangan anak tidak kisah janji xmelebihi umur yang d'inginkan..
2) Nama anda & your anak beserta tarikh lahir..
3) Letak picture satu SAHAJA yer...coz byk2 nnt pening juri
4) Ceritakan kenapa gambar tersebut d'anggap SWEET utk korg..
5) Jadi follower untuk blog IBU & blog MYTOMEIOUTLET
6) Letak banner yang dicipta khas (gambar d'atas) diruang sidebar korang semua
7) Letak tajuk sperti d'atas jugak yer..Make sure ur entry link back to mine
8) Tarikh tutup penyertaan 29hb Januari 2010
9) Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry IBU

Isnin, Januari 04, 2010

Helikopter ohh Helikopter......

Pada hujung minggu lepas...suami ku ajak pergi cari tanah lapang..hehehehe..Laksanakan projek yang sudah lama terpendam. Last2 kami pergi ke Presint2..alah berhampiran ngan pejabat na kerja jer..hehehe. Tapi kami keluar dah petang, tambahan pula sekarang musim hujan masih ada lagi, so sekejap jer lah suami ku lepaskan keinginan nya.Mmmm...tak apalah abang ku cayang...hari minggu nie..kita cari tanah lapang lagi ya...lagi pun, cayang ngan iqah nak naik helikopter...hehehehe. Ini lah dia helikopternya..

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails