Ahad, Jun 19, 2011

Puting Botol Susu Berbentuk "Y"

Selalu kita dengar atau baca samada di tv atau di suratkhabar mengenai bayi meninggal dunia kerana tersedak susu. Na memang sedih apabila membaca berita sebegini..dan pasti semua masyarakat di dunia ini turut bersedih apabila bayi yang jadi mangsa tak kira lah samada kes bayi tersedak susu ke atau kes pembuangan bayi yang tidak bersalah serta paling kejam..buang bayi dan menyebabkan kematian bayi.

Ok, Kita berbalik kepada topik "Puting Botol Susu berbentuk Y"....sebenarnya ini pengalaman na pada tahun 2009 semasa anak na masih kecil dan memerlukan perhatian pengasuh untuk minum susu. tapi na risau apabila ada kes bayi tersedak susu di taska,rumah pengasuh. Salah siapa apabila kes itu berlaku? adakah pengasuh? atau pengusaha taska yang tidak prihatin terhadap pekerja2nya atau cuma pikir keuntungan sahaja dan tidak mengambil pekerja yang ramai?? Atau pengasuh di rumah perlu memasak dan tinggalkan bayi minum susu tanpa dipantau walaupun sekejap. apa-apa pun..Tuhan saja yang mengetahui segalanya..kita sebagai manusia merancang dan tuhan yang menentukan segalanya...

TAPI...mungkin kita sebagai ibu bapa boleh mengelak daripada kes-kes bayi mati tersedak susu dengan cara mengggunakan "Puting botol susu berbentuk 'Y' ".  Na dapat idea ini daripada rakan sekerja na yang telah memberi nasihat untuk na menggunakan puting tersebut. Dan na telah membuat kajian sendiri...memang benar...puting berbentuk 'Y'...fungsi nya susu dalam botol tidak akan tumpah atau terkeluar kecuali bayi itu hisap susu berkenaan, jadi jika bayi tidur atau tidak hisap susu itu...bermakna susu tidak akan penuhi mulut bayi seterusnya tidak tersedak kerana tidak ada susu masuk dalam mulut bayi. Jika puting biasa seperti saiz S,M dll....bila kita tuang susu ke bawah...susu akan keluar dengan sendirinya...ini kajian yang na buat..bayi di bawah 6 bulan ke bawah...tidak pandai lagi untuk memegang botol susu dengan sendirinya dan pengasuh pula mungkin membedung bayi tersebut serta menahan botol susu berkenaan dengan bantal kecil disisi bayi itu. Perkara seperti ini lah na paling bimbang dan takut...setiap kali membaca suratkhabar berita mengenai bayi tersedak susu...memang na tidak sanggup membacanya. Bagi ibu-ibu yang memberi susu ibu terus kepada bayi...memang selamat dan bagus serta sememangnya digalakkan tetapi bagi ibu-ibu yang sudah memberi bayi mereka susu ibu melalui botol susu atau susu formula...kerana mungkin ibu bekerja atau sebagainya.... Na nasihatkan...beli lah puting susu botol berbentuk 'Y' demi langkah berjaga-jaga. Bukan kita sebagai ibu bapa ingin memburuk sangka kepada pengasuh atau penjaga tetapi..langkah berjaga-jaga. "Lebih baik kita mencegah terlebih dahulu daripada kita mengubati jiwa yang lara".


Terima kasih buat Kak yus kerana memberi nasihat buat na dulu dan sampai sekarang na masih ingat..na memang susah hati apabila bayi dibedung minum susu tanpa pengasuh melihat dan botol susu itu diampu dengan bantal kecil..hati na memang hancur ketika melihat kejadian seperti itu.

Dan Terima kasih buat Amrullah Azhar kerana memberi idea buat na untuk menulis cerita ini di dalam blog kerana selama ini na selalu susah hati bila membaca cerita pasal bayi tersedak susu dan terpikir macam mana na nak luahkan perasaan na dan pengalaman na mgenai bayi tersedak susu ini. na lupa bahawa na ada blog untuk na berkongsi pengalaman na seterusnya memberitahu kepada ibu-ibu bapa mengenai "puting botol susu berbentuk Y.

Harap maaf jika penulisan na ini tidak menyenangkan hati sesiapa yang membacanya..tetapi ini adalah pengalaman na...dan na buat kajian pun secara pendapat sendiri...tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun di dunia ini.


kredit pic : Google

Isnin, Jun 13, 2011

Majlis Kesyukuran

Alhamdullilah......

















Terima Kasih kawan2 kerana hadir dan memeriahkan majlis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails