Isnin, Oktober 31, 2011

Majlis Kahwin, Pullman Hotel dan Paung goreng.

30 Oktober 2011...Ahad... Kami ke Majlis Perkahwinan Umikalsom ngan pasangannya Mohd Nazri di Desa Pinggiran Putra. Umi satu opis ngan na dan adik Umi pun, na kenal tapi time na datang...su tak da, mungkin su tengah rehat sebab penat.hihihi...Na pun pegi ke majlis ni dah lewat..orang pun dah tak ramai..tapi na sempat lah jumpa 2,3 orang rakan kerja na..
" Selamat Pengantin Baru Buat Umi dan Nazri".... 

Selepas pergi kenduri...kami singgah sebentar di Pullman Hotel, Putrajaya..Ini kali pertama na pergi sebab dengar2 daripada kawan2 na..kat sini tempatnya best dan kanak-kanak boleh mandi kerana di sini dibuat seperti tepi pantai (ada pasir putih,pokok kelapa, macam air pantai walapun hanya tasik..cuma tak da ombak je)..Afiqah suka sangat lah air tetapi time ni tak bawa baju lebih untuk Afiqah..so kami jalan2 je lah dan ambil gambar.

Sampai je rumah..dengan penatnnya...na buat kuih kesukaan na (kat Terengganu je ada, kat KL..na tak jumpa plak sbb isinya ikan)...so na buat lah Paung Goreng buat kali kedua...tapi ada orang panggil, ini kuih bom goreng.huhu...dah siap buat dan na masih perlu cuba buat lagi kerana macam belum sempurna lagi...gara2 na teringin nak makan...na redah je lah...tapi still kena belajar buat lagi supaya jadi macam mak cik kat kampung na jual.hihi





 Pullman Hotel...Iqah tunjuk air..
sbb dia nak mandi..sorry sayang...lain kali kita datang yeaa





 On The Way balik rumah..na nampak pelangi...na sukaaaa ambil pic pelangi

huhu..ini lah paung goreng/bom goreng yang tak berapa nak jadi... 


RESEPI PAUNG GORENG

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
garam secukupnya


Cara membuat:

1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup).
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails