Sabtu, Julai 28, 2012

Iklan : Rumah Untuk Dijual


Rumah setingkat,
Di taman permai jaya,
sungkai, perak
RM 85 K


Berminat/ingin bertanya?
Sila hubungi En. Muhammad:
019 236 8205



Selasa, Julai 24, 2012

Sambut Birthday di JPNM 2012

Pada  20 Julai 2012, 8.00pg, Jumaat....kebetulan plak hari birthday na..ada perhimpunan bulanan kat Dewan Balora Perdana,JPNM..dan acara terakhir...memotong kek serta
bergambar bersama Yg.Bhg.Dato' KPPN.  Seronok sgt dapat menyambut birthday bersama    
rakan-rakan yang lain



Isnin, Julai 23, 2012

Festival Bunga & Taman Putrajaya 2012

6 hb Julai 2012, kebetulan mak dan ayah serta adik datang rumah...so na bawak lah mereka jalan-jalan, shopping raya sebelum bulan puasa ni.   Nanti bulan posa, tak larat nak bershopping. Tahun ni na dengan kawan-kawan tak pergi ke festival ini...sebab na cuti hari jumaat, ada kawan na cuti...so maybe tak cukup "korum"...so tahun ini tak ada lah bergambar dengan kawan-kawan...Lagi pun tahun ni macam kurang menarik sikit. Na pun tak da lah ambil gambar banyak...jom kita layan pic.

























Isnin, Jun 04, 2012

Jom HeBoH 2012 Putrajaya

No idea...no idea...hihi...tp na nak juga menampal gambar-gambar yang na ambil masa pergi jalan kat Jom Heboh 2012 di putrajaya baru-baru ni (26 Mei 2012). Apa-apa pun terima kasih abg cayang kerana sanggup tunggu cayang buat kerja office dulu..











Sabtu, Mac 31, 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran SAYANG

31 Mac..selamat ulangtahun kelahiran buat anak ummi dan papa yang kami sayangi..3tahun sudah masa berlalu...dah besar rupanya anak ummi..dah boleh nak jadi kakak kan?hihihi.. 

Ummi dan papa doakan semoga afiqah menjadi anak yang solehah, rajin tolong ummi di dapur,tak tinggal solat bila besar nanti, sentiasa sihat, ceria selalu, hormati orang lebih tua, dengar cakap ummi dan papa dan dilindungi oleh Allah S.W.T.


Selasa, Mac 27, 2012

Cerbisan Kertas tahun 2005

Kebetulan datang Opis pada hujung minggu baru-baru ni (24 Mac 2012,sabtu)...kami buat "5S di HatiKu"..sedang2 kawan-kawan memusnahkan kertas2 lama untuk di jual....kak nor terjumpa satu cerbisan kertas yang tertulis nama My HubbY...hihi.  Terkejut gak na tengok, rupanya itu cerbisan kertas semasa na ngan My HubbY belum kahwin...dan ketika tue rasanya na di Genting Highland berkursus selama satu bulan..biasa lah berjauhan..macam-macam lah tulis, dah sebulan duk sana...bosan gak kan.hihi. Terima Kasih kak Nor kerana jumpa kenangan na.hihi.  Kak nor cakap nak post kat fb kan? hihi, tak pa lah..na post kat blog na untuk dijadikan kenangan buat na.

* Terima Kasih abang kerana setia menyayangi dan mencintai cayang*

Aiskrim Goreng....nyumm.nyummm

Hujung minggu baru ni...dalam kesibukkan...na tetiba plak teringin nak makan aiskrim goreng....kebetulan pula na terjumpa resepinya....apa lagi, alang-alang keluar untuk membeli barang memasak..na slip kan sekali bahan-bahan untuk buat Aiskrim Goreng...bahan-bahannya seperti di bawah dan gambar aiskrim goreng hasil kali pertama na buat...( bila dah goreng tue...tak da selera la pula nak makan habis..huhu..sibuk sesangat sampai tak da selera nak mkn) Jom kita lihat resepi dan gambarnya.








Aiskrim Goreng
Bahan-bahan ( 6 biji )
  • 1 bungkus roti potong (gardenia atau lain2) - sebiji ais krim goreng menggunakan 2 keping roti Ais krim Mug atau mangkuk saiz kecik
Cara-cara
  1. Cedukkan ais krim dan letakkan atas sekeping roti
  2. Letakkan sekeping lagi roti, buat macam sandwich 
  3. Tekap atau pekup dengan mug sehingga bercantum kedua-dua lapis roti potong dengan pisau bagi kemas.
  4. Masukkan dalam freezer dalam 6-7 jam 
  5. panaskan minyak untuk menggoreng, pastikan betul2 panas,goreng hingga kekuningan dan boleh terus makan    

NaSi MinyAk Terengganu Dan Apam Palkadot

26 Mac- 29 Mac 2012...minggu ni na letak nasi minyak terengganu dan Apam Palkadot kat MADAH di sebelah unit opis na. Hajat nak buat bubur lambuk terengganu tapi budu kampung sudah abis...minggu depan mungkin akan buat bubur lambuk sebab kawan sekerja na balik terengganu...na pesan kat kak nor    (tp mak k.nor dah belikan sedozen budu kampung,terima kasih mak cik). Terima kasih gak buat kak nor kerana sudi ambil pesanan ini...

Pssstt : K.nor...na nak order kepok lekor ngan kepok keping boleh?hahaha..k.nor kan balik kg ngan kapal kargo.hihi..saja gurau.

Ok, kembali semula pada cerita nasi minyak terengganu ni..nasi minyak ni lebih kurang macam nasi kuning gak cuma sikit je perbezaan bahan2nya. Na sekarang hanya buat lauk ayam masak merah je. Nak buat dua lauk, risau kami tak terkejar pula..hihi...ini pun kesian anak ummi..tak terlayan ummi ngan papa sbb kami sama-sama sibuk di dapur.hihihi. Maafkan ummi ngan papa yeee anakku sayang afiqah mahfuzah..Biasanya hari ahad malam je ummi ngan papa sibuk sesangat sebab nak siapkan bahan2 untuk 2 perkara  
(Nasi ngan apam palkadot). Kalau hari lain, ok sikit sebab ummi buat apam polkadot sekali seminggu je..lagipun apam ni tahan dalam 3-4hari di dalam suhu bilik. Alhamdullilah jualan berjalan dengan lancar...terima kasih buat keluarga, rakan2 dan sahabat handai kerana memberi sokongan. 
Jom kita layan Pic

 *ApAm PoLkAdOt*

 *Nasi Minyak Terengganu*

Khamis, Mac 22, 2012

Alhamdullilah Berjalan dengan Lancar

Syukur alhamdullilah bisnes baru berjalan dengan lancar...terima kasih abang sayang kerana sentiasa membantu cayang di dapur..dan terima kasih juga buat kawan-kawan na yang memberi na sokongan serta membeli makanan yang na jual di MADAH opis.  Apam Palkodot na akan sentiasa mempertingkatkan lagi mutu hiasannya dan kesedapannya dan mungkin na akan cuba buat nasi minyak terengganu pula...insyaallah...
Alhamdullilah nasi kuning terengganu sudah diperkenalkan di Opis na dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan..cuma time dapat gaji..mesti lah ramai yang nak keluar Opis makan kedai best-best.hihihi.. tak pa lah rezeki lain ada lagi.Janji na tak putus asa....ok jom kita tengok pic...

v
v
v
v
v
v
v
v
v



Alhamdullilah EnAm TaHuN Sudah......Genap Hari ni 22 Mac 2012

Hari ni genap na di sini...na ingat masa mula2 kena tukar kat sini..dan tak sangka kami berenam (termasuk na) dapat bekerjasama di satu unit. Kami pun sama-sama datang bangunan ini untuk melaporkan diri pada 28 nov 2005. Daripada kami membujang sampai dah berkahwin dan ada anak sudah...kecuali Zura (masih bujang,hihi). Aliya sudah pun pindah ke port dickson, zura pun baru tukar tahun ini ke kuala selangor....tinggal kami berempat...dan mungkin akan datang tinggal na sorang atau na yang pergi dulu?hihihi.  sayang pula na nak tinggalkan kawan-kawan...ye lah sudah lama menghadapi suka duka bersama..so tak kisah lah na di mana, berapa lama?? janji happy.alhamdulillah rezeki Allah bagi na dapat kerja daripada na "tanam anggurkan".hihi.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 
  * Ini gambar masa kami bujang..alamak sorry jue tido.hihi*



* ada yang sudah berpindah*

*Kami satu keluarga yang bahagia*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails