Rabu, Januari 29, 2014

Permata hati kedua Ummi dan Papa

Alhamdullilah 8 bulan sudah puteri kedua kami....mohon maaf sebab dah bersarang blog na.  Hampir setahun na tidak berapa rajin nak update atas sebab-sebab yang tidak dapat di elak.  Dalam hati berbunga-bunga nak update blog tetapi atas dasar kesibukan melanda diri...na simpan niat itu.  So hari ni na cuba buka semula cerita yang agak lama na simpan secara perlahan-lahan.

Syukur alhamdullilah na selamat melahirkan puteri kedua kami di Hospital Serdang, pada hari guru 2014.  Terima kasih buat semua doktor dan nurse yang terlibat dan terima kasih buat kawan-kawan na yang memberi sokongan pada na sepanjang na menginap di hospital...tidak kira kawan-kawan yang duduk di hospital mahupun kawan-kawan yang watsapp na memberi sokongan dan panduan pada na. Tidak lupa juga,terima kasih buat suami na kerana setiap hari datang melawat na, bawa makanan yang sedap sebelum na bersalin.  Terima kasih juga buat mak ayah dan mak mertua serta ahli keluarga kerana mendoakan keselamatan kami.

Sepanjang na di hospital...shifa,ekin,bada dan lin adalah teman na berborak, teman berjalan-jalan di wad supaya bukaan cepat...terima kasih kawan kerana banyak memberi sokongan ketika na di wad.  5 hari gak na di wad sebelum na bersalin..alhamdullillah tidak lama.  Katil sebelah na dengan depan na bersilih ganti keluar masuk..syukur ada shifa peneman satu bilik.  Bada, ekin dan lin satu bilik tetapi na selalu singgah katil mereka,sama juga mereka selalu datang jalan-jalan ke bilik kami.  Kamu semua memang best...senang berkawan,mesra dan baik. i love u all.


Aqilah Mardhiyah

Geng Hospital Serdang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails