Sabtu, Februari 22, 2014

Big bad wolfbooks

MIECC@MINES, 15-23 Feb 2014,9 am-9pm.

Murah2 buku kat sini, macam2 buku ada...buku kanak2 pun banyak,novel english,malay pun ada. Harga buku dalam RM 1.00 hingga Rm45.00. Buku kanak2 yang menariknya ada muzik..rekabentuk menarik.  Bukan saja anak2 yang teruja tengok buku2 ni...ibu2 pun teruja tengok buku kanak2 yang comel,ada muzik,cerita yang simple..buku novel pun banyak mujur na ni bukan pembaca novel yang tegar..kalau idok...lagi teruja na tengok novel..murah2 plak tu.Jom kita tengok sikit suasana dan hasil daripada terjah big bad wolfbooks fireball  book sale.

Khamis, Februari 20, 2014

Transfomer muncul...

Mcm transfomer..tp bukan...itu lah kenderaan dan orang2 yg banyak berjasa terutama skrg musim panas. Di sini sana ada kebakaran hutan,atas bukit.kebakaran tetiba atau ada someone buat kebakaran...ya allah, aku memohon dan berdoa kepada mu agar hujan turun supaya sejuk sikit...dan moga air di tasik2,tangkungan tidak kering. Ok berbalik kepada transfomer merah...terima kasih sgt2 kepada pihak bomba kerana datang memadam api sebelum merebak berleluasa. Apa yg na tak leh lupa 2perkara.

1..ada motorsikal hangus terbakar di tepi hutan,belakang rumah jiran..menurut jiran..sblm dia nampak api mengganas...dia nampak someone mcm ketakutan,tinggal motor kat situ dan lari ke hutan..lepas tu baru lah jiran nampak api yg marak dari jauh tetapi disebabkan daun2 kering di tepi hutan...cepatlah api marak ke belakang rumah dan api tinggi melebihi rumah.

2..mungkin sbb 2,3 panggilan telefon dibuat oleh org awam,jiran tetangga..sbb setengah jam lambat..so kira mcm aduan lh kot,mana pihak pemadam api belum sampai.
Ada seorang pihak bomba datang kat tempat na dan jiran2 berkumpul dan bertanya..."dari mana (sambil tunjuk pas kerja na tergantung)?", suami jwb putrajaya, terus je pegawai tu ckp..ooo kami dpt aduan drp putrajaya, memang kami lambat..kami dari bukit padam api.huhu..dengar je lah luahan hati pegawai tu.tp bukan na yg buat aduan.na cuma balik tgk keadaan je dan snap gambar..mungkin pegawai tu ingatkan na ni snap gambar utk buat laporan aduan.hahaha..idok lah...na ucapkan terima kasih pada ahli2 bomba padamkan api dan tunggu sehingga api betul2 padam..sampai pukul 4 ptg gak bomba pantau.alhamdullilah
Sebenarnya sebelum kejadian ni, sudah 2kali berlaku kebakaran di tempat yang berhampiran.,kebakaran pertama dapat dikawal oleh jiran2 na,terima kasih buat kak azimah dan kak ani sekeluarga bertungkus lumus angkat air,na pun time tu tak sedar dah yang na tak boleh angkat berat sbb czer,huhuhu mlm tu terus rasa sakit tempat czer,kebakaran kedua berlaku ketika selang hari dan time tu org sekeliling pergi kerja, sebelum tghari, jiran yang call bomba,patut lah na balik kerja bau asap dan nampak kesan kebakaran..jom kita layan gambor plak.
Hope hujan akan turun...













posted from Bloggeroid

Selasa, Februari 18, 2014

Terima kasih encik2 bomba

Dapat panggilan drp jiran tghari td...
" na hutan,kebun belakang rumah kita terbakar!!!!!"...dgn nada cemas..yelah tak cemas mcmana...api marak melebihi rumah kami. Na pun dgn muka cemas,nada risau sampaikan rakan sekerja na datang dekat hadapan na..huhu.risau gak api mengganas ke rumah. Na ajak suami balik rumah jap...tgk keadaan.alhamdullilah api berjaya dipadam oleh pihak bomba. Terima kasih abg2 bomba...
Ada cerita lain..nanti na citer...

Rabu, Februari 12, 2014

Setelah Setahun Tinggalkan Senam Aerobik


Aerobik adalah jenis senaman kardiovaskular yang memaksa jantung dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada kebiasaan di samping membantu proses penurunan berat badan. Ini berikutan setiap gerak langkah senaman itu akan diiringi muzik yang turut membantu menyegarkan fikiran, sekali gus mendatangkan perasaan seronok dan menghilangkan bosan. Oleh itu, apabila kita kerap melakukannya, ia menjadi lebih mudah untuk badan membakar kalori berbanding larian mahupun aktiviti lain.
*********************************************************************************************

Yeaahhhh.....dah boleh join senamrobik di pejabat lepas waktu kerja setelah 1 tahun kot na tinggalkan senamrobik, yelah pregnant dan cuti bersalin dan  tunggu lepas 6 bulan baru rasa berani nak senamrobik (na bersalin C-zer).  Seminggu sekali pun kira bagus lah sekurang-kurangnya dapat mengeluarkan peluh, cergaskan minda.  Yang bestnya senamrobik di pejabat  ni diiringi muzik yang tidak membosankan dan kaum hawa sahaja yang menyertai program ini.  Ketua senamrobik pun perempuan..so rasa selesa lah sikit nak bersenam diiringi dengan muzik rancak atau slow.

Terima kasih kepada en suami dan anak-anak kerana setiap minggu tunggu ummi di pejabat.  Sememangnya tidak dinafikan bersenam di rumah pun boleh..tapi lain lah sikit sebab di rumah biasanya akan berpeluh bila buat kerja di rumah,kemas rumah,main dengan anak,memasak.  Bersenam di pejabat gerak langkahnya lain dengan diiringi muzik.  Paling best bersenam dengan ketua senamrobik ni badan na tak sakit-sakit selepas bersenam.  Sememangnya beliau ada sijil untuk mengajar senamrobik.  Dulu na pernah join senamrobik ketika ada program satu tempat...
balik rumah,na sakit satu badan.
So buat kawan-kawan di pejabat na,jom lah join senamrobik selepas waktu kerja...tak perlu bayar apa-apa pun...datang dan bersenam sahaja.

Khamis, Februari 06, 2014

Pengalaman Sedikit berbeza daripada yang pertama

Hari ni na nak cerita pengalaman na bersalin anak kedua..jika ikut due date na bulan Jun 2013 tetapi Mei 2013 tetiba hari cuti hujung minggu...na rasa air ketuban keluar..Ini adalah kali pertama na mempunyai pengalaman sebegini kerana semasa anak pertama, na tak sempat rasa sakit atau apa-apa tanda..tetiba je kena C-Zer sebab darah tinggi.

Ok..kerana terlalu risau sebab kerap sangat air ketuban keluar...sempat lagi Whatsap kawan...bertanya mcmana nak buat...tanpa pikir apa-apa..terus sahaja ke Hospital Serdang pagi tu gak ke dewan bersalin untuk check keadaan baby.  So doktor check itu ini..doktor cakap air ketuban banyak lagi..baby ok..Alhamdullilah...tapi itu lah na dah serah diri ke hospital, so kena lah tahan duk di ward.  Mujur hati ini kental dan tabah..yelah mana pernah berpisah dengan anak pertama...so dalam keadaan terpaksa...na redha..tiap-tiap malam video call kat afiqah. Dalam 5 Hari gak na menginap di ward hospital serdang.

Selama 2 hari na tahan rasa sakit seperti kawan-kawan selalu bercerita mengenai sakit normal nak bersalin.  Ya Allah...sememangnya sakit..tido tak boleh, duduk tak boleh.  Na cuba tarik nafas perlahan-lahan seperti yang di ajar ketika hadir kelas.  Sakit ini datang tengah malam sahaja, esok pagi elok je. Sepanjang na duk di ward...na banyak berjalan supaya bukaan cepat berlaku..teman na berjalan pun ada, terima kasih ekin kerana selalu teman na berjala.

Pada 16 Mei 2013..lepas subuh...doktor cakap nak check bukaan...ada lah 2,3 orang ibu-ibu lain menunggu. Na turn yang kedua, sampai je turn na...mujur doktor perempuan yang check.huhuhu..sebab ada kejadian yang tidak diduga, mendebarkan dan mengelirukan. Na pun pelik..lamanya doktor ni check jalan..susah ke nak rasa? Sakit lah gak tapi tahan je lah. Last-last doktor minta nurse-nurse call bilik pembedahan, Kod Merah....tukar baju na dengan segera tapi na tak boleh bangun dan doktor pun tak boleh lepas tangan daripada na punya bukaan jalan tu. Kecemasan na kena C-Zer gak kerana tali pusat baby dah nak keluar.  Ya Allah...time tu macam-macam na pikir...selamatkan lah anakku..Dengan segera na ditolak ke bilik pembedahan dan doktor tu terpaksa ikut sahaja na ke katil mana dan bergerak sekali dengan na. Dalam lif je na tanda tangan surat perjanjian untuk pembedahan barangkali. Time tu gak doktor tu bantu na hubungi suami na, guna hp doktor je..tapi suami tidak berjawab..sebab time tu suami bersiap-siap nak pergi kerja..mungkin tengah mandi kot.

Sampai di bilik pembedahan...ssseejjjuukkkk yang amat...doktor masih di celah kangkang na time tu..kali ni na kena bius penuh body..lepas 2,3kali sedut bius...na terus tak sedarkan diri..na dah tak sedar time mana doktor tu lepaskan tangannya drp "tuutt". Tak apa lah na tak dapat bersalin normal..asalkan anak na selamat.  Apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya...Kali ni ada perbezaannya dulu anak pertama bius hanya separuh..kali ini bius penuh body...ada beza kesakitannya...nanti lain hari na cerita...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails