Rabu, Februari 12, 2014

Setelah Setahun Tinggalkan Senam Aerobik


Aerobik adalah jenis senaman kardiovaskular yang memaksa jantung dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada kebiasaan di samping membantu proses penurunan berat badan. Ini berikutan setiap gerak langkah senaman itu akan diiringi muzik yang turut membantu menyegarkan fikiran, sekali gus mendatangkan perasaan seronok dan menghilangkan bosan. Oleh itu, apabila kita kerap melakukannya, ia menjadi lebih mudah untuk badan membakar kalori berbanding larian mahupun aktiviti lain.
*********************************************************************************************

Yeaahhhh.....dah boleh join senamrobik di pejabat lepas waktu kerja setelah 1 tahun kot na tinggalkan senamrobik, yelah pregnant dan cuti bersalin dan  tunggu lepas 6 bulan baru rasa berani nak senamrobik (na bersalin C-zer).  Seminggu sekali pun kira bagus lah sekurang-kurangnya dapat mengeluarkan peluh, cergaskan minda.  Yang bestnya senamrobik di pejabat  ni diiringi muzik yang tidak membosankan dan kaum hawa sahaja yang menyertai program ini.  Ketua senamrobik pun perempuan..so rasa selesa lah sikit nak bersenam diiringi dengan muzik rancak atau slow.

Terima kasih kepada en suami dan anak-anak kerana setiap minggu tunggu ummi di pejabat.  Sememangnya tidak dinafikan bersenam di rumah pun boleh..tapi lain lah sikit sebab di rumah biasanya akan berpeluh bila buat kerja di rumah,kemas rumah,main dengan anak,memasak.  Bersenam di pejabat gerak langkahnya lain dengan diiringi muzik.  Paling best bersenam dengan ketua senamrobik ni badan na tak sakit-sakit selepas bersenam.  Sememangnya beliau ada sijil untuk mengajar senamrobik.  Dulu na pernah join senamrobik ketika ada program satu tempat...
balik rumah,na sakit satu badan.
So buat kawan-kawan di pejabat na,jom lah join senamrobik selepas waktu kerja...tak perlu bayar apa-apa pun...datang dan bersenam sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails