Isnin, Mac 31, 2014

HaPpY BiRThDaY afiqah Mahfuzah yang ke 5 Tahun

Alhamdullilah dah 5 tahun anak ummi...happy birthday buat afiqah mahfuzah...moga anak ummi menjadi anak solehah, pandai,rajin dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. Kali ni afiqah sambut birthday ngan kawan2 di Tadika Kemas. Ummi ngan papa dah beli kek, jajan utk afiqah bagi pada kawan2 serta makan kek ngan kawan2.ummi ngan papa sayang afiqah..belajar rajin2 ye....kali ni kek simple saja dan ummi bagi afiqah pilih sendiri kek di kedai senang.tak kisah lah bentuk Ultramen pun...yang penting afiqah dapat sambut ngan kawan2 dia di Tadika...

Khamis, Mac 13, 2014

kepok lekor asli terengganu

tak perlu lagi ke terengganu....di lembah klang  boleh dptkannya...kwn2 boleh order dan ambil di KL,Selangor atau Putrajaya..laaii laii..kepok lekor asli...
mkn rebus2 pun sedap..goreng pun sedap.boleh whatsap untuk order..nom tel ada di gambar.

Rabu, Mac 12, 2014

stresssss dengan jem..

stress betul ptg smlm balik kerja...ya allah..jem teruk...memang menguji kesabaran na, walaupun na tak memandu tapi...aqilah sekarang tengah aktif..tak duduk diam dalam kereta.memang penat..rasanya lagi baik na memandu kereta.huhuhu.sabar je lah. hampir 2jam gak duk kat kwsan jem.trafic light hijau pun,hanya 2,3 buak kereta lepas.perjalanan masih jauh.apakah penyebab jem ni.biasa tak jem sgt pun...so apa lagi..cilok menyilok lah kereta ni..terpaksa satu hal sbb mi yak kereta dah 2kali berkelip,tanda minyak perlu di isi...penat satu hal.

lepas isi minyak kereta,baru lah lega skit nak hadap jem..ok na dah tahu punca jem ni..sampai kat satu jln..naik bukit sikit...ada 3,4 buah kereta berhenti di bahu jalan...baru lepas excident gamaknya..memanv rakyat malaysia prihatin...sbb sampai je kawasan tu, masing2 kereta akan slow...memang lah kat kawasan bukit...tekan lah minyak lelaju..huhuhu.mungkin ini salah satu puncanya lah. akhirnya selamat sampai rumah...penat gak walaupun bukan na yang memandu.penat badan,jiwa dan raga...

Ahad, Mac 09, 2014

Moga penumpang MH 370 ditemui...

Ya Allah, sesungguhnya yg di langit dan dibumi ini milikMU..apa yg berlaku adalah ketentuanMU.. Kami mohon kasih sayangMU ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam
Kesedihan dan kedukacitaan.. Berikanlah sebarang tanda utk pesawat itu utk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya .. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan.. Aamin

Panjang2kan lah doa ini .. Sbb kita tak tahu antara mereka yg membaca dan mengaminkan doa ini mungkin orang itu doanya itu yg paling makbul ...

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-6 pada 27 mac hingga 30 mac 2014

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta (Fiesta Belon Udara Panas
Antarabangsa Putrajaya) yang ke-6 akan kembali ke dataran Putrajaya pada bulan Mac ini. Sekali lagi,
fiesta ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 27 hingga 30 Mac 2014. Sama seperti tahun sebelumnya,
terdapat pelbagai jenis belon udara panas yang akan hadir pada fiesta ini, dan anda juga boleh menikmati
pelbagai tarikan aktiviti lain pada tahun ini!

Apa fiesta belon udara panas antarabangsa putrajaya ke 6 ni?
Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-6 merupakan fiesta yang penuh keseronokan untuk
semua rakyat Malaysia. Tarikan utama di fiesta ini ialah pameran belon udara panas yang datang dalam
pebagai bentuk dan saiz, jadi kunjungi fiesta ini untuk melihat belon-belon unik menghiasi perkarangan
udara Putrajaya! Anda juga berpengalaman untuk menaiki belon udara panas pada harga RM20.

apa kata anda bawa satu keluarga berkelah sambil ditemani belon Darth Vader dan Doraemon di
fiesta ini? satu kawasan lapang khas untuk aktiviti perkelahan. Anda boleh terus memesan
set hidangan “ Balloon & Breakfast ” melalui laman web fiesta ini.

Lain lain acara
Terdapat pelbagai aktiviti sampingan dan aturcara fiesta yang akan menarik minat semua lapisan masyarakat.
fiesta ini tentunya akan menghiburkan anda.

Salah satu daya tarikan yang dinanti-nantikan adalah “Night Glow”, acara yang biasanya diadakan pada
malam ketiga fiesta tersebut. Untuk satu malam sahaja, semua belon yang mengambil bahagian dalam festival
itu akan “bersinar” disebabkan api yang memanaskan belon mengikut alur lagu-lagu hits popular hari ini.
Terdapat juga acara Meet & Greet bersama artis-artis belon-belon udara panas ini. Inilah masanya untuk
peminat belon udara panas berjumpa dan berborak bersama pereka-pereka belon udara panas yang terkenal
di dunia! Sejak tahun 2009, fiesta ini telah menjadi acara belon udara panas utama di Malaysia dan mendapat
sokongan dan penyertaan pemilik dan pereka belon udara panas antarabangsa termasuklah daripada Perancis,
Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Belgium, Belanda, Thailand, dan India.

Tahun ini, nantikan kedatangan belon-belon udara panas unik seperti Buzzy the Green Monster Balloon,
Darth Vader, Ice Cream Cone, Heart Shaped Balloon, Doraemon, dan banyak lagi menghiasi langit Putrajaya!

Lihat di laman web fiesta di sini untuk jadual aktiviti.

Mural 3D...masuk percuma

Kawan opis bgtahu di seri kembangan ada 80 mural 3D, di art Atmosphere...belakang Giant seri kembangan, equine jer.  Member opis cakap masuk percuma,so apa lagi....ajaklah my hubby dan anak2 ke sana selepas hadir ke pertandingan mewarna afiqah, wakil tadika kemas p18.
Sampai je kat sana..pertama sekali tengok mural 3D....waahhhhhhh, cantik..macam real.so apa lagi..terjah lah beberapa gambar dan snap picture...tapi tak semua tempat lah kami pergi sebab penat berjalan. Lagi pula, selipar na putus...huhu..tidak selesa disitu nak jalan jauh...rasa nak pergi lagi akan datang..tapi tak tahu lah kalau akan datang kena masuk bayar plak..hope tidak lah..jom kita kita layan pic.

Potluck di opis...

Rutin selalu, hari jumaat, waktu rehat panjang, jimat bawa makanan masing2..mesyuarat bahagian dan makan2 serta terus sambut birthday pegawai dan kakitangan bagi bulan 1,2,3. Happy birthday buat my boss,my cc dan kekawan..(gambar potong kek dalam hp kawan)


Yang bestnya macam2 menu utk makan pagi,tengahari sampai petang, ada makanan org korea...tak tahu apa namanya tapi yang pasti best,ada roti jala,kari,kuih talam,sayur lemak,asam pedas ayam,ikan siakap stim 3 ekor,ayam panggang,vadie, pasta, nasi dan buah2 yang selalu en sobri sponser serta air teh,teh o.  Kita orang bawa potluck,masing2 mesti pikir utk 20 orang makan..bila kumpul satu meja...penuh makanan...alhamdullilah..kenyang. siapa duduk di unit na kerja ni, pasti akan naik berat badannya...yelah ada je hari makan2 potluck ni....jom kita layan gambar..


Psstt...gambar na tak da sbb na camerawomen nya...hahaha..so snap je lah gambor kekawan.

Jumaat, Mac 07, 2014

Ikan siakap masak stim...

SYUKUR ALHAMDULLILAH, en suami dah makin sembuh. So mlm ni en suami berselera makan, nyum......nyum.....gara2 tempoh hari masak ikan stim di opis...so mlm td kita masak siakap stim belah dua,hihi. Esok di opis ada "potluck"....so alang2 beli bahan2 utk bawa ke opis esok...beli lah terus bahan utk masak malam td. Apa2 pun terima kasih abg, bantu di dapur. Terima kasih abg kerana banyak membantu cyg.ok nanti na sambung lg cerita.

Khamis, Mac 06, 2014

Khasiat bawang....murah tapi berkesan

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

Dari papazola : nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi supaya bertambah berkat dari Allah s.w.t.

Selasa, Mac 04, 2014

Musim panas + minum banyak air masak...

Skrg musim panas...kena minum air masak byk2.memang tak larat..kalau minum air byk2,semestinya nak kena ulang alik ke tandas. Tak pa lah mcmtu drp sakit dalam tengkuk,demam,selsema,batuk,sakit kepala...sakit memang penghapus dosa2 kecil..
Minggu lepas ummi ngan afiqah demam..panas sgt2.minum air berliter2,ulang alik ke tandas..tp na still bertahan ke kerja.selagi boleh berjalan, pergi gak kerja.hihihi..duk umah bosan gak. Afiqah plak berkeras nak ke tadika..nangis2 nak ke sekolah. Makan ubat 2,3hari...kepala basahkan selalu..alhamdullilah dengan izin Allah S.W.T...kami sihat.

Skrg papanya plak yang demam agak panas.mula2 pergi kerja gak..masih bertahan gamaknya dan mkn ubat di pejabat..balik kerja dah nampak tak larat. Tengah malam panas sgt badannya,kalau letak ais kat dahi..confirm cair ais tu. Na pun susah hati...tak tido mana...ambik kain kecil lap2 kepala,badan my hubby. Alhamdullilah dengan izin Allah S.W.T... nampaknya demam dah turun suhunya cuma sakit dalam tengkuk je lah. Harap2 abg cepat sembuh. Harap2 juga hujan akan turun lagi. Hujung minggu lepas hujan lebat telah membasahi kawasan rumah na..alhamdullilah..


Psstt....Hari ni masak bubur je...utk papanya tak sedap mulut nak mkn dan utk baby aqilah...ummi pun makan lah gak bubur..kalau ada ikan bilis sedap gak..goreng ranggup2.

Afiqah masa kecil

Isnin, Mac 03, 2014

Menu tengahari dan minum petang

Hari ni main masak2 ya kekawan..tq to my cc norizah pinjamkan peralatan masak yang baru. Hari tu na hampir2 gak nak beli...tapi tak pa lah banyak komitmen lain lagi.  Memang senang je,memasak guna elektrik,masak tanpa minyak.kukus,gril,panggang dan buat kuih pun boleh.
So hari ni kita buat uji kaji..main masak2 dan makan2..mmm sedap gak kerapu stim..ayam panggang agak masin skit,kwn yang gaul2 dgn bhn2 perap.huhuhu. tapi abis gak ayam tu.hahaha. kuih ptg, kuih kaya ball. Jom kita cuci mata...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails