Ahad, Mac 09, 2014

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-6 pada 27 mac hingga 30 mac 2014

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta (Fiesta Belon Udara Panas
Antarabangsa Putrajaya) yang ke-6 akan kembali ke dataran Putrajaya pada bulan Mac ini. Sekali lagi,
fiesta ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 27 hingga 30 Mac 2014. Sama seperti tahun sebelumnya,
terdapat pelbagai jenis belon udara panas yang akan hadir pada fiesta ini, dan anda juga boleh menikmati
pelbagai tarikan aktiviti lain pada tahun ini!

Apa fiesta belon udara panas antarabangsa putrajaya ke 6 ni?
Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-6 merupakan fiesta yang penuh keseronokan untuk
semua rakyat Malaysia. Tarikan utama di fiesta ini ialah pameran belon udara panas yang datang dalam
pebagai bentuk dan saiz, jadi kunjungi fiesta ini untuk melihat belon-belon unik menghiasi perkarangan
udara Putrajaya! Anda juga berpengalaman untuk menaiki belon udara panas pada harga RM20.

apa kata anda bawa satu keluarga berkelah sambil ditemani belon Darth Vader dan Doraemon di
fiesta ini? satu kawasan lapang khas untuk aktiviti perkelahan. Anda boleh terus memesan
set hidangan “ Balloon & Breakfast ” melalui laman web fiesta ini.

Lain lain acara
Terdapat pelbagai aktiviti sampingan dan aturcara fiesta yang akan menarik minat semua lapisan masyarakat.
fiesta ini tentunya akan menghiburkan anda.

Salah satu daya tarikan yang dinanti-nantikan adalah “Night Glow”, acara yang biasanya diadakan pada
malam ketiga fiesta tersebut. Untuk satu malam sahaja, semua belon yang mengambil bahagian dalam festival
itu akan “bersinar” disebabkan api yang memanaskan belon mengikut alur lagu-lagu hits popular hari ini.
Terdapat juga acara Meet & Greet bersama artis-artis belon-belon udara panas ini. Inilah masanya untuk
peminat belon udara panas berjumpa dan berborak bersama pereka-pereka belon udara panas yang terkenal
di dunia! Sejak tahun 2009, fiesta ini telah menjadi acara belon udara panas utama di Malaysia dan mendapat
sokongan dan penyertaan pemilik dan pereka belon udara panas antarabangsa termasuklah daripada Perancis,
Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Belgium, Belanda, Thailand, dan India.

Tahun ini, nantikan kedatangan belon-belon udara panas unik seperti Buzzy the Green Monster Balloon,
Darth Vader, Ice Cream Cone, Heart Shaped Balloon, Doraemon, dan banyak lagi menghiasi langit Putrajaya!

Lihat di laman web fiesta di sini untuk jadual aktiviti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails