Sabtu, September 17, 2011

Raya 2011....Pagi Raya dan Jalan Rumah Saudara Mara

Rasanya belum terlambat untuk na ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat kawan-kawan serta keluarga na tidak kira di mana anda berada.  Raya tahun ini bermacam seribu masalah yang na dan keluarga terpaksa tempuhi...seperti kereta rosak, atap rumah mak mertua diterbangkan oleh angin ribut yang sangat kencang dan rumah dimasuki air hujan.  Tapi apa-apa pun alhamdullilah na dan keluarga dapat lalui ujian daripada Allah S.W.T.  Ok..kita kembali semula kepada cerita pagi raya....tahun ni tema baju kami sekeluarga color Hijau.  Memang pelik kerana tahun ni na tidak kisah dengan color Hijau..sebelum nie..sebut je color Hijau...na memang tak suka baju color hijau atau apa-apa barangan color hijau. Macam biasa,pagi raya...na bersalam-salaman terlebih dahulu dengan ibu dan ayah serta suami na..(Minta ampun dan maaf jika selama ini na ada buat salah dan silap). 

Selepas tu...na dan keluarga menziarahi sanak saudara. Tahun ni...na memang kawal makan dan kawal untuk minum air gas atau berais....Tapi yang tak tahannya kalau makan nasi lemak air tangan mak dengan mak mertua serta nasi dagang...aduhhh memang tak tahan lah....berat badan kembali normal seperti sebelum puasa.  Lepas raya ni...na kembali diet dan bersungguh-sungguh nak turunkan berat badan ideal demi KESIHATAN na sendiri..Harap dapat sokongan daripada kawan-kawan terutama keluarga sendiri..so sekarang na KATAKAN TIDAK KEPADA NASI, LEMAK DAN MINYAK..ok tak? ok lah kan....hihi. KATAKAN YES KEPADA AIR MASAK,BUAH-BUAHAN,SAYURAN DAN MAKANAN BERPROTEIN serta senaman tidak lupa.  Tapi kalau teringin sangat nak makan nasi...makan lah sesudu saja......insyaallah na boleh berjaya seperti zaman sekolah dulu....hissyyy...na dah lencong cerita lain pulak...mmm jom layan pic je lah...

 Iqah : Papa,iqah minta ampun dan maaf dengan kenakalan iqah...eh gatal hidung plak.hihi


 Iqah : Tok mok..Iqah minta maaf sbb pecahkan balang kaca tahun lepas.hihi

 Cayang : Abg...cyg minta ampun dan maaf diatas segala salah dan silap cyg terhadap abg..I LOVE U


 Na : Cepat lah a.wan ambil gambar..iqah tak duduk diam ni...

 A.wan : Handsome tak aku duduk tengah2 ni.



 Anak Ustaz Majid....muka kami cam adik beradik kan?hhihi


 Keluarga Ustaz Majid (Saudara Na gak)

 Bergambar ngan Nenek na

 Iqah ngan kyra...hihi cara iqah bergaya tu macam ummi masa kecik


 Iqah ngan ummi..palkadot time.hihihi

Tahniah Atam dan Tengku Hidayah, akhirnya kahwin gak kawan na ni..dua-dua kawan satu sekolah

*Sedara dan kawan na berkahwin*hihi...sedara lah kan sebab Tengku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails