Hari ni na nak cerita pengalaman na bersalin anak kedua..jika ikut due date na bulan Jun 2013 tetapi Mei 2013 tetiba hari cuti hujung minggu...na rasa air ketuban keluar..Ini adalah kali pertama na mempunyai pengalaman sebegini kerana semasa anak pertama, na tak sempat rasa sakit atau apa-apa tanda..tetiba je kena C-Zer sebab darah tinggi.
Ok..kerana terlalu risau sebab kerap sangat air ketuban keluar...sempat lagi Whatsap kawan...bertanya mcmana nak buat...tanpa pikir apa-apa..terus sahaja ke Hospital Serdang pagi tu gak ke dewan bersalin untuk check keadaan baby. So doktor check itu ini..doktor cakap air ketuban banyak lagi..baby ok..Alhamdullilah...tapi itu lah na dah serah diri ke hospital, so kena lah tahan duk di ward. Mujur hati ini kental dan tabah..yelah mana pernah berpisah dengan anak pertama...so dalam keadaan terpaksa...na redha..tiap-tiap malam video call kat afiqah. Dalam 5 Hari gak na menginap di ward hospital serdang.
Selama 2 hari na tahan rasa sakit seperti kawan-kawan selalu bercerita mengenai sakit normal nak bersalin. Ya Allah...sememangnya sakit..tido tak boleh, duduk tak boleh. Na cuba tarik nafas perlahan-lahan seperti yang di ajar ketika hadir kelas. Sakit ini datang tengah malam sahaja, esok pagi elok je. Sepanjang na duk di ward...na banyak berjalan supaya bukaan cepat berlaku..teman na berjalan pun ada, terima kasih ekin kerana selalu teman na berjala.
Pada 16 Mei 2013..lepas subuh...doktor cakap nak check bukaan...ada lah 2,3 orang ibu-ibu lain menunggu. Na turn yang kedua, sampai je turn na...mujur doktor perempuan yang check.huhuhu..sebab ada kejadian yang tidak diduga, mendebarkan dan mengelirukan. Na pun pelik..lamanya doktor ni check jalan..susah ke nak rasa? Sakit lah gak tapi tahan je lah. Last-last doktor minta nurse-nurse call bilik pembedahan, Kod Merah....tukar baju na dengan segera tapi na tak boleh bangun dan doktor pun tak boleh lepas tangan daripada na punya bukaan jalan tu. Kecemasan na kena C-Zer gak kerana tali pusat baby dah nak keluar. Ya Allah...time tu macam-macam na pikir...selamatkan lah anakku..Dengan segera na ditolak ke bilik pembedahan dan doktor tu terpaksa ikut sahaja na ke katil mana dan bergerak sekali dengan na. Dalam lif je na tanda tangan surat perjanjian untuk pembedahan barangkali. Time tu gak doktor tu bantu na hubungi suami na, guna hp doktor je..tapi suami tidak berjawab..sebab time tu suami bersiap-siap nak pergi kerja..mungkin tengah mandi kot.
Sampai di bilik pembedahan...ssseejjjuukkkk yang amat...doktor masih di celah kangkang na time tu..kali ni na kena bius penuh body..lepas 2,3kali sedut bius...na terus tak sedarkan diri..na dah tak sedar time mana doktor tu lepaskan tangannya drp "tuutt". Tak apa lah na tak dapat bersalin normal..asalkan anak na selamat. Apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya...Kali ni ada perbezaannya dulu anak pertama bius hanya separuh..kali ini bius penuh body...ada beza kesakitannya...nanti lain hari na cerita...
Hai Na!
BalasPadamYe.kite ada di situ :) Hi Aqilah :))