Hujung minggu baru ni...dalam kesibukkan...na tetiba plak teringin nak makan aiskrim goreng....kebetulan pula na terjumpa resepinya....apa lagi, alang-alang keluar untuk membeli barang memasak..na slip kan sekali bahan-bahan untuk buat Aiskrim Goreng...bahan-bahannya seperti di bawah dan gambar aiskrim goreng hasil kali pertama na buat...( bila dah goreng tue...tak da selera la pula nak makan habis..huhu..sibuk sesangat sampai tak da selera nak mkn) Jom kita lihat resepi dan gambarnya.
Aiskrim Goreng
Bahan-bahan ( 6 biji )
- 1 bungkus roti potong (gardenia atau lain2) - sebiji ais krim goreng menggunakan 2 keping roti Ais krim Mug atau mangkuk saiz kecik
Cara-cara
- Cedukkan ais krim dan letakkan atas sekeping roti
- Letakkan sekeping lagi roti, buat macam sandwich
- Tekap atau pekup dengan mug sehingga bercantum kedua-dua lapis roti potong dengan pisau bagi kemas.
- Masukkan dalam freezer dalam 6-7 jam
- panaskan minyak untuk menggoreng, pastikan betul2 panas,goreng hingga kekuningan dan boleh terus makan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan