26 Mac- 29 Mac 2012...minggu ni na letak nasi minyak terengganu dan Apam Palkadot kat MADAH di sebelah unit opis na. Hajat nak buat bubur lambuk terengganu tapi budu kampung sudah abis...minggu depan mungkin akan buat bubur lambuk sebab kawan sekerja na balik terengganu...na pesan kat kak nor (tp mak k.nor dah belikan sedozen budu kampung,terima kasih mak cik). Terima kasih gak buat kak nor kerana sudi ambil pesanan ini...
Pssstt : K.nor...na nak order kepok lekor ngan kepok keping boleh?hahaha..k.nor kan balik kg ngan kapal kargo.hihi..saja gurau.
Ok, kembali semula pada cerita nasi minyak terengganu ni..nasi minyak ni lebih kurang macam nasi kuning gak cuma sikit je perbezaan bahan2nya. Na sekarang hanya buat lauk ayam masak merah je. Nak buat dua lauk, risau kami tak terkejar pula..hihi...ini pun kesian anak ummi..tak terlayan ummi ngan papa sbb kami sama-sama sibuk di dapur.hihihi. Maafkan ummi ngan papa yeee anakku sayang afiqah mahfuzah..Biasanya hari ahad malam je ummi ngan papa sibuk sesangat sebab nak siapkan bahan2 untuk 2 perkara
(Nasi ngan apam palkadot). Kalau hari lain, ok sikit sebab ummi buat apam polkadot sekali seminggu je..lagipun apam ni tahan dalam 3-4hari di dalam suhu bilik. Alhamdullilah jualan berjalan dengan lancar...terima kasih buat keluarga, rakan2 dan sahabat handai kerana memberi sokongan.
Jom kita layan Pic
*ApAm PoLkAdOt*
*Nasi Minyak Terengganu*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan