Selasa, November 17, 2009

Sunway Piramid, Bowling.....

Na sesungguhnya tak pernah jejak kaki ke Sunway Piramid...tapi pernah dengar nama tempatnya. Al maklumlah kerja memanjang.....Isnin sampai jumaat...hujung minggu plak waktu berehat setelah penat bekerja. Keluar hujung minggu pun...tak ada lah jauh2. Tapi kali nie....terima kasih sangat2 kepada Abg Ku Sayang kerana membawa kami (Na & Iqah) jalan2 dan terima kasih gak kepada abang ipar ku kerana ajak main bowling....hehehe. Dah lama na tak "campak" bola untuk rebahkan "para tentera" di hadapan "landasan".hehehe. Dulu na tak pandai gak main bowling tapi skrg pun bukan nya pandai sangat...cuma na nak berterima kasih sekali lagi kepada Kak Non (Rakan Pejabat Na) yang ajak na main bowling untuk kali pertama. Hajat di hati nak main "ais skatting."..tapi ramai sgt kelibat orang2...sbb tue kami main bowling. Abg ku sayang tidak kurang hebat nya main bowling...so lepas nie...boleh lah main lagi bowling. ya abg. Jika dapat main bersama kawan2 pun seronok...dan bawa family masing2....mmmm..ok tak Jue, Kak Nor, Sal, lin & kwn2 lain?????hehe


* Bergambar di Pintu utama..sunway piramid...



* Iqah bergambar bersama umi....


* Sementara papa tunggu giliran...Iqah duk ngan papa
dan kak kyra tutup telinga sbb bising...Iqah biasa jer...


* Sementara giliran Umi...Iqah jadi "Supergirl" jap..."Yeeaaa dapat terbang"..
* Giliran abg ipar na plak...kak are ngan Mad tunggu giliran..na plak sempat
klik sana sini...hehehe


* Kyra, Kak Are ngan Iqah...
* Abg Ipar na sedang menanti bola menjatuhkan "Para Tentera"...


* "Iqah bosan lah papa...iqah tak dapat main bowling..huhuhu"
* "papa apak brape markah dah????"

Mines Resort City....

Pada hujung minggu...kami berjalan2 untuk beli pampers ngan susu Fiqah dan dengan tidak dirancang....kami menuju ke Mines Resort City. Rasanya dah lama na tak pergi Mines Resort City, dulu pernah pergi masa bujang2. Tapi kali nie, na pergi Mines Resort City ...na dapat naik mines cruise. Walaupun takut untuk naik bot bersiar2 di tasik...tapi na buat selamba jer dan lihat permandangan di sekeliling tasik yang indah. Afiqah suka sangat tengok ikan2 ngan air tepi bot....menghiburkan hati na. Apa2 pun terima kasih kepada abang ku sayang kerana membawa kami bersiar2 pada hujung minggu. Jom kita layan gambar erk....







* Kyra, Anis ngan Kak are ( Kakak Na)..melihat rumah tauke Mines Resort City
* Iqah macam nak pegi berenang dalam tasik...hehehe



* Iqah ngan papa...
* Na ambik gambar sorang2, mcm orang bujang.hehehe
* Anak buah na, Kyra yang cute...suka berposing macam tue..


Isnin, November 16, 2009

Setelah Penat. berjalan...

....Penat berjalan, perut pun lapar....so rehat sebentar di A&W dalam Mines tue. Kali nie bernasib baik...Iqah tak adalah merengek sangat sbb dia dapat duduk di kerusi baby ngan bagi upah makan kentang goreng. Dia tak adalah makan pun...cuma pegang ngan "gonye2" kentang tue di gusi nya...gatal gusi.hehehe..Jom kita tengok Pic ya...


* Sementara tunggu makanan sampai...Iqah menairap atas meja dulu....


* Mmmm...nyam..nyam..bestnya Iqah dapat makan...

Selasa, November 10, 2009

Ssseeeejjjjuukkkkk!!!!

Pada 9 Ogos 2009...Ahad, Pagi...Kami bertolak ke Cameron Highland dengan sebuah kereta bersama kak long ngan suaminya. Al-maklumlah kali pertama na menjejak kaki ke sana. Semasa lawatan sekolah rendah, na tidak berpeluang untuk pergi. Jadi..na ambil lah kesempatan pada hari tersebut klik sana sini...cuma tak kesempatan utk pergi ladang teh....Ok lah...layan lah gambar ya...


* "Yeeaa Iqah dapat strawberi besar"












Isnin, November 02, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU.....SALMIZAH & HAZIZI

24 oktober 2009..perkahwinan Sal di Dungun, Terengganu..na minta maaf kerana tak dapat hadir atas sebab2 tertentu. Akan tetapi, na hadir semasa Majlis di rumah pengantin lelaki, Kota Damansara. Na pergi bersama lin dengan keluarga masing2 (2 buah kereta) dan kak nor tunggu kami di rumah pengantin lelaki. Sampai2 saja di sana...Siti Khatijah (Rakan Pejabat Na) sampai terlebih dahulu dgn keluarganya.

1 November 2009 - Rumah Pengantin Lelaki...

Sempat lah na klik gambar Sal dengan Hazizi atas pelamin...sama cantik dan sama padan mereka berdua. Dan terima kasih kepada pihak pengantin lelaki dan Salmizah kerana na di beri peluang untuk menepung tawar kamu berdua...walaupun na terkejut dengar nama na dipanggil (baru nak mula makan..hehehe) tapi kerana tak nak menghampakan Salmizah dgn yang lain2..na naik juga pelamin (Kali pertama na menepung tawar pengantin).

Bila sudah selesai semua...Na, Lin & Kak nor jumpa Sal di meja makan pengantin sebelum kami pulang ke destinasi masing2. Apa2 pun, terima kasih Sal & Hazizi kerana menjemput kami ke Majlis tersebut dan Kami doakan semoga Sal & Hazizi kekal hingga akhir hayat, di murahkan rezeki, cepat Afiqah,Aqil & Iman dapat kawan plak..hehehehe dan bahagia selalu. Ok...layan gambar plak yeaa....



Perarakan terlebih dahulu bersama kump. kompang



keluarga lelaki & perempuan serta saudara mara, rakan2
menepung tawar pengantin - moga bahagia selalu


Sal & Hazizi bagaikan pinang di belah dua...


Sal nampak malu2...hehe, macam na jadi pengantin dulu


Jelingan Manja Sal kepada Si suami tercinta...


Di belakang pengantin dari kiri : Lin, Kak Nor & Na...


* Lin, Nizam (Suami Lin bersama Aqil) dan My Husband...khusyuknya makan...hehe
* Kak Nor dgn Hubby nya..nyam,nyam..
Tapi na di mana?? biasalah..orang lain sibuk makan tapi na dukung fiqah sambil klik gambar


* Na bergambar bersama Sal (Teringat masa lapor diri JPN 28 Nov 05...Na mula bersua sapa dgn Sal)
* Adik K.Nor, Kak Nor ngan Aqil dan Lin...rehat sebentar lepas makan...


* Knp Aqil masam jer...panas erk? Fiqah berpeluh2 kat sana...
* Ha...ini lah na..orang lain dah abis makan..na baru nak mula makan
Biasalah dah ada anak kecil ni..kena bergilir2 makan.


* Ok Untie Sal ngan Uncle Zizi...Aqil pulang dulu... Selamat Pengantin Baru....
* Babai Untie Sal ngan Uncle Zizi...Iqah balik dulu...Moga kami cepat dapat kawan..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails