Khamis, November 10, 2011

AfiQaH MaHfUzAh

Syukur Alhamdullilah......2 Tahun, 8 Bulan.....4 Bulan lagi cukup lah 3 Tahun.  Ummi amat menyayangi anak ummi dan sekarang anak ummi sudah pandai buat ummi tersenyum sorang2 dengan telatah anak ummi sorang ni dan anak ummi juga lah pengubat duka ummi.  Anak ummi dah tahu nak ikut papa ngan ummi solat, anak ummi juga dah tahu nak pakai tudung...alhamdullilah.  Ummi selalu doakan semoga anak Ummi menjadi anak yang solehah, dengar cakap ummi ngan papa serta orang lebih tua dan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat...insyaallah...

Semalam Ummi sibuk tengok-tengok stok tudung untuk "Jualan penghabisan Stok"...anak ummi sibuk nak pakai tudung...so ummi hadiahkan lah 2 helai tudung untuk anak ummi.







*Pssstt: Ummi bercita-cita nak jahit sendiri tudung dan baju kanak-kanak.

Terima Kasih.....

Ketika Ini Majlis Penyampaian Cenderahati buat Encik Hamsan....terima kasih buat Encik Hamsan di atas segala tunjuk ajar kepada na dan rakan sekerja na yang lain...walaupun kita tidak sebahagian lagi...silaturrahim itu tetap ada....Afiqah pun selalu tanya mana "Atuk"...hihi. 
Na ingin ucapkan "Selamat Maju Jaya".

*Kami Bergambar beramai-ramai*

*Afiqah ngan Atuk (Encik Hamsan)*

Rabu, November 09, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Huhu...rasanya belum terlambat untuk na ucapkan selamat hari raya Aidiladha buat keluarga, sahabat na dan kawan blogger yang lain.  Kebiasaannya na balik kampung setiap kali hari raya terutama Raya Aidilfitri...raya korban pun biasanya na balik kampung...tetapi mungkin tahun ni  na sudah buat perancangan cuti tahunan....so raya aidiladha tahun ni kami tidak balik kampung...kadang2 terasa semacam je hati ni sebak...tapi tak pa lah..raya puasa baru ni dah balik kampung...na redha. Memang cuti raya tahun ni macam tak perlu ambik cuti sebab lama..3hari..tapi tak cukup..apa2 pun macam kena ambil cuti. Perjalanan yang jauh dan memenatkan terutama my hubby, 8jam memandu. Na pun sebagai peneman my hubby memandu...kepenatan..kalau jem jalan..lebih 8jam perjalanan..huhu tidakkk penat sgt2. So dengan keputusan yang di ambil...tahun ni kami tak balik kampung dan perayaan pertama...na pun masak nasi minyak resepi terengganu...kegemaran my hubby.

 Na biasa buat nasi kuning resepi mak na dan nasi minyak tapi nasi minyak cara na sendiri...tapi untuk raya pertama baru ni..na try resepi turun temurun terenganu. Alhamdullilah menjadi dan boleh lah...terasa seperti kami ada di kampung time tu..na tak makan sangat lah nasi minyak tu..na masak khas untuk my hubby dan anak na. Na cuma ambil sesuap dua untuk rasa sedikit nasi tu samada ok atau tak ok.hihi...ok lah...jom kita lihat pic di bawah...agak2 jadi lah kan nasi minyak ni...tetiba rajin plak na post cerita pasal masakan ni..al maklumlah....sekarang kan cerita pasal "MasterChef" ...na memang minat masak sebab terasa ada satu kepuasan apabila kita selesai masak dan lihat masakan itu..(lihat je lah na) sbb kenyang dengan bau masakan.hihi. Na bagi resepi nasi minyak...gulai daging resepi trg ni..resepi mak na sendiri..lain episod na kasi resepinya yerr.


*Nasi ni bercolor2 sebab na tambah color kuning,merah setitik dua je bila nasi dah masak*

Kredit koleksi masakan trg turun temurun

Resepi : Nasi Minyak Terengganu

Bahan-bahan Utama
Beras
1 biji bawang besar di potong mayang
3cm halia di ketuk
1/2 tin susu cair
Marjerin
Minyak masak
Sirap & sunquick
Air mengikut sukatan beras
2 helai daun pandan

Rempah kasar
2 biji butir limau
1 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
   kulit kayu manis

Cara-cara membuat
Panaskan kuali, masukkan sesudu marjerin bersama minyak masak.
Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau atau biji limau jadi kekuningan.
Masukkan 1 sudu bawang yang di mesin then bawang besar yang dihiris mayang dan halia yang telah diketuk.Tumis sampai bawang tadi sedikit garing.Masukkan daun pandan.
Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras.Pada mulanya masuk 1 cawan air (if korang guna cawan sebagai sukatan beras).
Masukkan sedikit sirap untuk buat nasi jdi color merah skit.Biarkan ia mendidih sekejap.
Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik.Tambah air sukatan beras tadi sebanyak mana korang nak masak.Contoh 3 cawan beras,tambahkan lagi 2 cawan air ke dalam periuk nasi tadi.Seeloknya, lebihkan sedikit air.Biarkan ia mendidih sekejap.
Masukkan beras yang siap dicuci ke dalam periuk.
Masukkan sedikit garam.
Selepas nasi kering atau nak masak, masukkan sedikit sunquick dan gaul rata.Biarkan nasi masak dalam periuk.
Sedia dihidang.

Selasa, November 01, 2011

Senaman aerobik Di Opis...

Seminggu sekali di Opis na ada senaman aerobik lepas waktu kerja...pukul 5.30 ptg biasanya dah mula dan senaman ini di ketuai oleh orang KBS..seronok sangat dapat join senaman nie.. hari ni..minggu kedua na join dengan rakan sekerja na iaitu..Nadia dan Ezeween...lagi lah bertambah seronok sebab ramai yang nak join.

Apa-apa pun minggu lepas dan minggu seterusnya..terima kasih yang tidak terhingga buat suami tercinta dan anak tersayang kerana sanggup tunggu ummi di opis sementara ummi bersenam aerobik di dewan (sbb ptg hujan). Mujur lah suami Nadia pun tunggu di opis dan ada lah juga kawan untuk suami na berborak-borak. Afiqah plak mujur duduk diam sambil menulis kat opis.hihi...

Alhamdullilah ada senaman aerobik kat opis ni..yelah kalau balik rumah atau hujung minggu..belum tentu lagi ada masa untuk bersenam..tapi walau macamana pun...na akan cuba gak curi masa hujung minggu atau malam untuk buat senaman di rumah demi kesihatan na. Jom kita layan pic...


 Na dengan Boss na..sempat lagi ambil gambar.hihi

 wahh... nadia..bersemangat

 Alah2..siannya anak ummi kena tunggu ummi..terima kasih sayang


Suami nadia dan my hubby

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails