Jumaat, Oktober 16, 2009

ISNIN HINGGA JUMAAT...

Kenapa Isnin hingga Jumaat??? Hehehe. Hari na bekerja lah dan nak cerita sikit hal. Pagi2 sampai ofis, na mesti hantar Fiqah dulu ke Taska JPN di aras B1. Dulu mula2 hantar Fiqah kat Taska...na memang terasa sangat...rasa nak nangis. Yelah dua bulan bersama ngan dia kat umah dalam pantang...jadi terasa lah skit. Tapi kerana na bekerja...lama2 jadi biasa...time rehat tghari na boleh jenguk dia di Taska.
Ok..cerita pasal pejabat na @ unit yang na berada sekarang...sebenarnya...na, jue, sal, lin, Zura dan aliya...kami berlima tetiba kena tukar ke unit yang sama serentak...knp? kerana kami lulus ujian layanan dalam telefon yang dibuat oleh ketua jabatan kami pada tahun 2006. Dan yang uniknya kami sama2 masuk kerja di JPN, pegi kursus sama2 pada 28 November 2005. Pada mulanya kami mcm takut2 nak masuk unit berkenaan kerana tempatnya begitu mewah..macam vvip punya tempat.hehehe. Kerja kami adalah lebih kepada layanan telefon, sambungkan panggilan, terima aduan bersemuka (ini yang na lalui sekarang)...tapi na still kerja layanan telefon, sambungkan panggilan (best gak duk kat tempat jue,kak nor dan lin sebenarnya walaupun kadang2 tension dgn kerenah orang). Tapi nak buat macam mana..memang kerja kami mcmtu..jadi kesabaran saja yang selalu menuntut kerja kami...
Dulu kami sama2 bujang semasa mula2 bekerja di JPN tapi sekarang...Jue,Lin,Aliya,Na sudah berumahtangga...mmm Sal pada 24 Oktober 2009 ni akan menamatkan Zaman Bujangnya dan Zura..."Still Available" (Ye Ker??)..hehehehe. Tak tahu lah bila dia kan Kahwin, InsyaAllah ada lah Jodoh dia nanti. Jue, Lin Dan Na dah ada anak. Aliya sedang mengandung dan Aliya sekarang bertugas di JPN Port Dickson, Negeri Sembilan...Dia minta tukar kerana suaminya kerja di KPDN sana. Lepas ni kita tunggu Baby Aliya plak....Walaupun dah berjauhan dengan dia...Nanti dia bersalin...Na mesti pegi tengok babynya...Ok lah...kita tengok gambar plak ya...

Gambar kami bersama Maya karin
Dari kiri : Na, K.Nor, Sal, Maya Karin, Jue, Azlin & Zura...Oppss..Aliya tak dtg kot masa tue..
sbb tue gambarnya tak ada...hehehehe


Azlin..Cute, Jue...Comel


Sal....Pemalu, Zura...Selamba, Aliya...funny...
Ini lah kawan2 na yang di ceritakan tadi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails